practical?


Ini Black, WAN KADIRRRRRR. Haha dia ni kepala otak memang gilababey punya. Kalau dia tak de dalam kitchen, pergh wa cakap luuuuu, senyap beb. Kitchen sunyi gila sebab dia ni la paling bising dalam kitchen. Dia pandai gila buat mise en place sebab dia tahu if there's 300pax, then he knows how much to take this and that. Kalau berkawan dengan dia, and kau jenis tak tahan mentality kau. TAK YAH KAWAN. Banyak jugak lah orang koyak, mental dengan kata2 dia ni. Kenapa aku cerita pasal dia dulu? Sebab upload je gambar dalam entry ni, gambar dia first. Hahaha so HELLO BLACK :) 


Okay ni gambar kedua, ni time OCS kat KL EAST. Team ocs :D Depan sekali tu Syafiq Amzar, aku suka panggil dia pendek sebab dia memang pendek. Walaupun sama je tinggi dengan aku. Hahahaha sorry amzaaa. Yang belakang2 tu nanti aku cerita. 


Third picture, nama dia BOBBY! Ceh, nama dia Fakhrul Radzi if im not mistaken. Tapi semua panggil dia bobby. Dia baik gila T_T jenis buat kerja macam tak de perasaan. Hahaha *mata atas* Dia intern sama jugak, from ICYM kalau tak silap aku lah. 


Okay ni gambar NICE GAY. Hahahhaa amzar and ameenur. Meenur tu dari MSU gak, dulu kat MSU tak pernah bertegur. Sampai SDCC ada AGM, aku panggil dia "BUDAK MSU" hahaha, kind a nice friend sebab jenis kepala otak gila jugak, suka bahan aku. 




EH ADAAA? Hahaha ni abang ucop, brader butcher. Dia ni walaupun dah kahwin, tapi masuk kepala dengan teenager macam kitorang ni. Hahaha dia kalau jumpa orang je mesti ada cakap 'Eh adaa?' Dia ni baik gila :D Dia ni kadang2 mental koyak jugak sebab suka bahan orang hahhaa, and dia ni social on teenage like us lah hahaha. Abe ucop

Okay sebelah aku tu Wan Gigi, hahaha sebab aku panggil dia Wan gigi sebab dia ada gigi arnab yang comel kat depan tuuu. Tapi! Aku menyirap bila bercakap dengan dia -,- selalu main2 bila cakap, aku mental je bila dia main2 sebab time tu aku serious. Hahaha rajin weh dia  ni T_T rajin terukkk. Yang sebelah dia tu pulak Opie! Dia department western and rajin. Hahaha first kenal aku rasa macam dia ni annoying tapi bila dah kenal, he's kind a nice guy. Normal lah tu kan bila tak kenal macam2 kita judge orang. 


Itu dia Sopi jikan sudah mari!!! Yang sebelah kiri yang rasa2 muka macam mintak penyepak tu adalah Sofi, dia lah teman gaduh aku, dia lah teman emergency kit aku, dia lah radio aku masa dekat pastry. Dia ni baik gila beb, walaupun muka macam penjenayah bersiri, hati dia sangat lah baik till i couldn't describe about him. Aku sama department pastry dengan dia masa bulan pertama tu, awal2 lagi dah cakap tak reti pastry tapi boleh belajar. Well same goes to me lah actually :P Lagi apa eh nak cerita pasal dia ni.... Ha! Dia ni jenis tak berkira and why am i telling he's too kind? Sebab masa OCS dengan dia, aku jenis simpati dekat member sampai aku tak rehat. Tapi dia sorang je nampak muka lemau aku padahal yang lain dok melepak. Dia siap panggil orang jaga tempat aku sebab nampak aku dah penat sangat. Bila tak makan, dia yang ingatkan aku suruh makan. KAU TAK NAMPAK KE DIA NI BAIK?! Hahahaha and dia kalau tangkap gambar memang suka sangat buat muka acah cute yang aku rasa nak sepak. Apa pun dia lah kawan aku yang muka penjenayah tapi hati mulia :D


Ha yang depan tu KICIKKK. Haha dia ni kecik je sebab tu semua panggil dia kecik. Walaupun umur dia lagi tua dari aku, masa aku dekat pastry pagi2 mesti akan nampak dia bawak sandwiches and buah apple letak kat east cafe. Haha masa tu tak berani nak tegur but im not judging her as 'sombong' girl. Dia biasa je tegur yang dah lama dekat pastry, cuma kitorang baru lagi so cam....krik krik krik. Lama2 baru aku try tegur dia 'hi kecikk'. The next month, aku sama department dengan dia which is Cold Kitchen. Sama jugak dengan yang belakang tu baju hitam dok pegang lolipop. Aku masuk je cold kit, suruh aku buat itu ini and i was like......seriously? No bukan jadi kuli, sebab diorang suruh macam aku dah lama. Haha end up kecik ajar itu ini baru lah cek tauu :'D Yang baju hitam tu Darmawan, dia banyak ajar aku potong buah. Pergh dulu kalau kat rumah mak suruh potong buah aku la paling malas. Sekarang bak datang buah apa, apadahal? Hahaha 





Ni diaaaaa, bonzer bonzer aku kat main kitchen. Hahaha yang pakai spec tu nama dia Hanafi Che Mee if im not mistaken sebab tulis voucher nampak full name dia. Dia ni bagi aku macam guru aku. Mahaguruuuu. Dia banyak nasihat yang pergh wa cakap luuuu. Aku suka kacau dia dengan panggilan 'Abang Fifiyyy' haha sebab usually panggil 'Abang Napi' je. Bulan puasa ni aku Malay Kitchen, sama dengan Amir yang paling acah macho and abang napi and kitorang satu team jaga buffet. Okay bukak cerita abang napi ni, aku respect gila kat dia *salute* sebab bila dia bercakap pasal sesuatu, diam beb. Automatic kita akan diam and renung balik apa dia cakap. Sangatlah deep, bernilai and so on. Dia ni perangai boleh masuk sebab umur pun baru 30 kalau tak silap aku. ada anak sorang yang comel gila weh wa cakap lu. Gentle comel! Dah bini pun lawa, mana tak anak nya pun comel. Dia banyak ajar aku itu ini, banyak kasi pengajaran. Orang kata, siapa makan garam dulu lah lagi banyak ilmu. Okay look, what if.... orang A umur dia 60 tahun and orang B umur 30 tahun. orang A tetap dengan pendirian dia, tak banyak social and tak banyak experience. but orang B ni jenis dengar pendirian orang lain, banyak experience, banyak kenal perangai orang. kau rasa mana lagi makan garam dulu? Cerita pasal garam, abang napi cakap apa tau?? "Memang makan garam dulu, tapi aku lagi makan macam2 jenis garam" Well for me setiap kata2 dia memang deep. Hahaha and dia ni masuk kepala, masuk air, mental. Macam member2, cuma aku rasa awkward bila nak kau aku dengan dia. Aku mesti SAYA AWAK dengan dia. Haha okay gua respect him lah.  



This is ma clique *Thumbs up* Sebelah aku tu Fazira a.k.a Fazt, rapat dengan dia kat pastry tapi sekarang dah tak :( sebab tak sama department dah. Dia ni paling best bila bercerita pasal makanan, food, makanan, food and makanan. You can see how excited is she. Hahahaha dia sangatlah baik and best sangat kawan dengan dia. Sebelah dia tu RETIS!!! Ceh tak de lah, I'm fans of Sha & Shah drama's and dalam cerita tu, kawan Sha muka sebijik macam Najwa. FOR ME but not for them :'( even aku edit gambar dia dengan artis tu sebelah2, diorang tak mo percaya. Okay about her, she's toooo kind to me. Lagi2 kalau aku injured, sakit apa sikit dia lah beriya nak tolong. I do appreciate her! Aku suka panggil dia Polar Bear sebab dia ni comel gila T_T putih, pendek comel. Hahaha untung Syahmi dapat dia, jaga dia elok2!!!!!! Tudung hijau tu Haslinda, dia ni pun sama baik and aku hargai sangat2 sebab pernah hantar mak aku pergi Jusco kepong jumpa kawan mak aku. Ya Allah baik gila beb dia ni, and tak pernah berkira. Aku dengan sopi suka panggil dia CINDIA haha sebab normally people called her as Cynda, aku bila nak gurau aku panggil lah dia cindia. Comel kan ;) Diorang ni semua baik2, tapi ada sorang lagi yang tak da dalam gambar which is Nadia. Nadia ni aku start rapat gila time sama cold kitchen dengan dia. Baik sebab banyak ajar aku itu ini. Kalau aku tak reti apa2, mesti dia yang volunteer nak ajar. Sangatlah baik till i could not describe lah. eh jap....dia ada la dalam gambar! Hahaha dia yang belakang, tudung colour peach. Cuma jauh sikit kalau nak tengok, hahaha. Nad ni perangai gila2, suka pegang bontot, suka peluk suka cium. semua ada kat dia. Hahahhaa last but not least about ma clique, they are the best even baru kenal. 3 month rasa macam 3 tahun do, hahaha. 



Ini Nazrul Hilmi. Aku start bercakap dengan dia since aku panggil dia Emyliana or Emylia. Sebab people do called him Emy. Dia ni mak oiii kurus nak mampus. He's skeleton type for me. Dia ni baik, masa aku puasa banyak tolong buat makanan untuk berbuka. Dia ni pandai gila western, bila tanya itu ini pasal western, dia banyak gila ajar aku. Well aku pulak memang minat western. Sebab western ni kita main olah2 recipe and akan jadi sedap with different taste. Aku rapat dengan dia as my bestfriend, my new bestfriend. Dia banyak tunjuk ajar, so aku respect him as my Western Chef. He deserved it. Aku suka gila bercerita pasal makanan, ada je benda baru dia ajar. Emy ni masa aku tak kenal dia, aku gelar dia The Most Hipster in the kitchen sebab cara dia berpakaian even baju kitchen, dia sangatlah hipsturrrrr. Mula2 ingat dia ni sombong. Tapi bila dah berkawan, dia ni baik sangat. Selesa sangat berkawan dengan dia. 


Sebelah aku tu Syukran, tinggi lampai macam galah. Masa aku a week kat Malay Kit, dia masuk as part time. Tetiba chef suruh aku bagi dia kerja. So aku suruh je la dia buat mise en place. Aku tak kenal dia, tak tahu umur dia berapa. Tapi, alah sendiri mau ingat lah. Aku main bedal je macam tak hormat orang. Tapi itu cara aku, cara aku bercakap bila selesa sebabbbb, aku terus tanya dia 'Eh kau buat part time eh? Kau first time ke datang Sime Darby?' Hahaha terus 'kau aku' dengan dia :D Dia pun okay je aku cakap macam tu. Paling best, aku terus tanya dia 'Weh, kau ni adik beradik Elfira Loy ke' Terus dia maki aku cakap aku kurang ajar. Hahahaha as you can see doh, kening dia tebal. Tebal satu hal, bersambung pulak tu. Macam bumper kereta! Hahaha aku cakap dia ni abang Shin Chan lah itu lah ini lah. Mental pulak dia, hahaha. Dia ni best berkawan sebab banyak ilmu and experience. Oh lupa, dia dari MSU jugak and baru habis degree. Dia banyak jugak tolong aku, ops. Terlalu banyak tolong. And dia suka amik job orang! hahaha berapa kali gaduh dengan dia sebab curi job aku. Sebelah dia tu Qayyum. Aku kenal dia, sebab dia sangatlah familiar kat MSU. Tapi tak pernah tegur sebab dia degree and entah.... macam sombong. Tapi dia baik, nothing much about him  cuma dia banyak ilmu and creative. 


Dalam chiller hahahhaa



Bila abang napi officially daftar as pondan pondan sedunia. Hahaha!


Okay that's it, about 2 days jugak aku nak siapkan entry ni sebab penat kerja and sambung menyambung. Plus aku pun tak active sangat dah ;( haha next entry aku tak sure apa aku nak tulis. Tapi tengok ah, ada cerita aku update. Haha