Bakal suami aku!

Hambik gambar laki aku, okay nama sebenar Noor Shaim bin dirahsiakan takut nanti kena santau. Menangis tak berlagu aku, besar naw gambar. Aku lupa cara nak edit kasi kecik, tapi lantak lah. Besar2 ok gak, lepas rindu aku kat dia. Hehe


Shaim? Laki aku tu!

Laki aku


Yes aku dah terbiasa panggil shaim ni 'laki aku' kat semua orang. Sebab? Sebab 10th april 2019 kitorang insyallah akan bernikah. Yes im not joking around you. Dia bakal suami aku. Satu satunya lelaki yang aku bercinta, yang bersungguh2 nak kawin dengan aku. Yes Noor Shaim. He worked really hard untuk our wedding and for our future. Macam mana tak sayang macam tu? Tunang dulu? Tak nak. Aku tak nak buang duit untuk majlis tunang, cincin tunang and whatsoever. Kenduri nanti pun aku nak share, tak de belah laki belah pompuan. Jimat duit. Bukan aku kedekut, cuma buat apa ikutkan sangat adat. Betul tak? Aku ikutkan je kehendak laki aku tu. Apa dia nak buat, buatlah. Aku sokong je semua. Btw, my previous entry ada sembang pasal relationship aku. Yes a bit, like how we met each other. Entry ni pulak, aku nak cerita pasal si Shaim and a bit our relationship.

Noor Shaim

Seorang yang berbadan sado, putih, SANGAT HANDSOME! Kah kah, ok aku jujur mula2 aku jatuh cinta dengan dia sebab dia ni package. Dia sangat baik, pandai gila amik hati aku then package dia ofcourse dia handsome and badan sado. Walaupun dulu aku takut dengan lelaki badan sado, tapi jodoh aku dah dengan laki badan sado. Tak kan aku nak suruh dia kecutkan muscle dia lak. Dia elok je terima aku yang gemok ni with no excuse. Siapa aku nak menilai dia? Kuat cemburu? No he's not. Dulu aku agak pelik kalau nak lepak dengan kawan and ajak dia. So mostly dulu aku kalau lepak, aku akan bagitau dia je. But sekarang aku dah biasa kalau lepak or pergi mana2 je even dengan family, mesti dia orang pertama yang aku ajak. Aku lepak dengan kawan2 kerja aku kat Gobox pun shaim join, walaupun semua speaking. Well, he's my boyfriend. Kisah lak aku kalau kau nak cakap pape en. Heran lak aku. Ok back to our topic, shaim ni 1 je yang aku banyak gila sabar which is masa dia bekerja. Yes aku kerja pun jarang tengok phone, sebab kerja en. Aku tak suka masa busy masa tu nak check phone. Aku akan focus dengan kerja aku. Shaim pulak lain, kalau dia kerja contoh ada kerja kat johor ke kedah ke untuk beberapa hari example 4 days. HA! 4 hari tu lah dia tak contact aku. So rindu aku ni membuak2 lah. I remembered when he had photoshoot kat Langkawi for a week kot. GILA aku meroyan rindu dia weh. Sumpah. Aku berurusan dengan mak dia je lah, mak dia tempat aku lepas rindu kahkah ok kelakar tapi biar ah mak mertua aku gak. Lagi 1 shaim ni, aku paling respect gila bila dia sikit pun tak pernah guna duit aku. Yes even rm1. Tak percaya? Yes masih wujud lelaki macam ni. Setiap kali keluar mesti dia yang belanja aku makan. SETIAP KALI weh.  Sampai ada 1 hari tu aku tak ingat kitorang makan apa, and aku yang kena pujuk rayu sebab aku nak belanja time tu. Sebab dah banyak kali sangat dia belanja aku. Guess what? Dia punyalah terima kasih kat aku kalau boleh sejuta kali. Aku bukan tak pernah terima kasih kat dia, tapi once he said thank you for the treats aku rasa bahagia gila! Em jap apa lagi eh pasal Shaim.....Oh ha! dia sanggup buat apa saja untuk aku :') which i do appreciate him so much! Berapa banyak kali dah dia cancel itu ini sebab nak keluar dating dengan aku je. aw im blush. He also my foodpanda! kenapa aku cakap cam tu? Sebab kadang2 kalau kitorang rindu sangat, malam2 dia akan datang rumah dengan membawa makanan dan kami akan menonton televisyen bersama. Eceh baku siot ayat. Aku ingat lagi masa aku demam + gastrik. 15mins cam tu dah terpacak kat depan rumah with food and medicine. Gila sumpah girlfriend mana tak bahagia gila. Rumah aku dengan dia tak jauh pun, so yeah kalau rindu senang sangat nak jumpa. Untuk relationship aku, ni first time mak aku setuju dengan pilihan hati aku. YE WEH FIRST TIME. Tu lah berkat restu mak, so bahagia lah hidup. Dulu mungkin tak direstui. Mak dia pun alhamdulillah boleh terima aku. Sebabnya aku makin jatuh cinta and addicted dengan shaim sebab dia banyak ubah aku. Yes aku tak pakai tudung dulu, sekarang alhamdulillah. Dia banyak mendekatkan aku dengan Allah SWT. Bukanlah mak aku tak pernah ajar or marah, cumanya time tu mungkin darah muda masih nak kaler rambut nak tunjuk kat orang. Tapi sekarang dah lain. Ayat shaim ' Kesian kat arwah ayah, sayang tak kesian kat dia ke? Kata sayang arwah ayah.." Yes ayat tu buat aku berubah. Aku sayangkan arwah ayah aku. Dulu bukan tak sayang, cuma tak sedar diri. Thank god that i knew Shaim early. Relationship aku dengan laki aku direstui bagi kedua belah pihak keluarga. Dah bincang dah pun tarikh2 penting kami. InsyaAllah. Eh asyik cerita pasal shaim je, jap aku nak selitkan pasal diri aku. Aku dah tak macam dulu, lepak sana sini balik 3/4/5 pagi. Lepak lak dengan semua lelaki sebab perempuan susah keluar malam so aku banyak keluar dengan lelaki. LEPAK KEDAI MAMAK K bukan party clubbing jadah haram semua tu. Not my type. Sejahat2 orang nampak aku sampai orang cop muka aku ni muka budak club kaki private party pun aku tak pernah jejakkan kaki aku kat club and tak pernah minum air kencing syaiton tu. Aku dah makin kurang lepak dengan lelaki, banyak dengan perempuan. Perangai aku banyak ke arah perempuan walaupun duluuuuuuu kawan2 sekolah aku semua nampak perangai aku macam jantan. Aish sembang pasal member sekolah, rindu pulak kawan2 sekolah! Nanti nak buat entry pasal kawan sekolah ah, rindu gila siot kat korang! Oh yea, aku jarang accept orang yang aku tak kenal untuk follow aku dalam ig. Aku makin menyampah kalau ada lelaki cuba nak try aku. No bukan maksudnya dulu aku suka, cuma dulu aku layankan je sebab aku positive vibe yang maybe lelaki tu just nak kawan. And aku main accept je mamat2 mana2 yang requested. NO aku bukan cakap yang aku cantik, cuma please lah aku mengaku aku ada rupa gak k samapai sekarang ada je orang nak try aku. oh topic TRY? Meh aku share sikit, nak tahu tak apa yang aku insecure dengan relationship aku? Shaim ni ramai gila peminat. Bukan tahap ramai, tapi tahap ramai gila babi lah senang cerita. BOTH gender. Yes baik perempuan baik lelaki weh. Aku baca DM2 shaim ni, ya allah ramai gila siak perempuan jual diri which is macam tak de maruah nak kat shaim ni. No bukan sent nudes, cuma cam kau ni apahal en laki orang kot! and yes tak malu gila DM shaim macam tu. lelaki pun sama, GAYBOY euww fck. For those yang banyak sangat cuba nak rosakkan hubungan aku, yes sebenarnya banyak sebab kebanyakkannya perempuan yang sangat addict dengan shaim. YES BANYAK kali, boleh tak kau respect relationship orang? PLEASE! Fuh nasib baik bukan jenis aku main hentam terus, buat malu je kalau aku pi serang kau. Aku just buat bodo je sebab aku tahu perangai laki aku macam mana. Laki aku tak layan pun kau, kau je sibuk2 nak dm nak ajak keluar bagai. Siap bagi bunga kat rumah, hantar chocolate, hantar cake. Padan muka kau laki aku tak makan pun. Laki aku bagi kawan2 dia makan. PADAN MUKA KAU! Aku mungkin tak pernah jumpa kau, tapi aku nak sangat jumpa kau masa hari pernikahan aku dengan Shaim nanti. Bak datang lah kalau hati kering. OnXon? NgamXngam? Aku sayang laki aku, end.

2k18??

Assalamualaikum semua, yes its 2018. 4th January 2018. Meh aku cerita serba sedikit kisah aku di 2017.....

Awal tahun 2017, aku sangatlah bahagia sebab akhirnya aku single selepas 3 tahun bercinta dengan yes orang yang aku terikat sangat2. I dont think so yang aku patut cerita how worst it is but yeah, kau mesti pernah je bercinta dengan orang yang kau rasa perit dan nak lepaskan diri every single time. Tutup cerita tu, new year 2017 aku happy gila sebab aku boleh keluar celebrate new year di The Curve dengan bestfriend aku. And semua ingat aku dengan bestfriend aku ni couple like whuuttt? No and never cause he is just my friend. my close friend. Aku 100% move on dengan relationship aku yang tak jadi tu, lepas je break (masa tu still study) so habis je class aku akan merayau sensorang kat KL untuk mencari ketenangan dalam hidup aku. Aku keluar lepak sana sini dengan semua kawan yang sentiasa ada untuk aku. Aku tenang. Mula2 je awkward bila phone asyik senyap tanpa notifications. But lama2, aku dah biasa. I felt something different, which is aku tak heran pun kalau phone aku tak de dengan aku. Berapa banyak kali dah aku main tinggal je phone, main phone sebab nak call or whatsapp or instagram and twitter. Yes tu je. Aku nampak diri aku yang sangat2 happy awal tahun 2017. Kawan2 aku yang nampak aku susah masa 2014-2016, well im free end of year of 2016. Totally free, ha hambik kau nak tunjuk sangat bertapa bahagianya aku. Well, aku habis second last sem aku awal tahun, then aku intern bulan 3. So masa selama sebulan lebih tu aku luangkan masa kat Kedah, amik udara dan suasana kampung sawah padi. After balik, aku mintak kerja kat Sushi King, part time kitchen crew. Well, diri aku memang dengan kitchen je. Life aku memang KITCHEN. aku ingat boleh la belajar buat sushi, tapi sadly aku kena layan ala carte. and its DISHOP which is kau kena plating bagai. Ok mencabar gak ah, but its really fun! Tapi aku kerja sebulan je. Masa aku baru kerja kat sushi king, aku ada post 1 gambar aku with caption 'Cik Senah Gila" which is gambar tu memang nampak aku macam gila pun. Then malam tu, aku dapat notification Instagram 'Noorshaim has requested to follow you" ke apa tah something like that lah. aku lupa lah. So aku pun stalk lah si shaim ni, and dia ni berkawan dengan kawan aku iaitu Syahmi Jamal. So aku pun approve, sebab aku ingat aku kenal. TAPI TAK KENAL. Then aku tertidur kat hall, masa tu aku kerap sangat tidur kat hall. tak tau asal. then aku terbangun around 4 pagi cam tu, dapat DM dari Shaim "HI" then aku pun reply. Dia ingat aku tak tidur lagi walhal aku terbangun. Layan je lah DM tu, and guess what? Shaim terus mintak number phone aku katanya senang nak chat dari DM, HALAHHHH trick je semua tu. Tapi aku fikir aku suka berkawan since aku pun single, aku pun bagi je lah. Then ws punya ws. Dia terjatuh cinta dengan aku. Tapi masa tu aku masih ragu2, mana tak nya dia confess after 4 days kenal. GILA? Aku tak percaya sebab sekejap sangat and tak pernah jumpa. asal nak suka aku en? So aku pun try untuk buka hati aku untuk dia. Lama2, makin sayang. and aku pun jatuh cinta dengan dia. IDK why but he always makes me happy. ALWAYS. Oh lupa nak cakap, time tu end of february. 22 Feb 2017. SO? so apa lagi, aku dengan shaim ni nak setahun dah la! Haha sepanjang kenal, gaduh tu mesti ada. Ego masing2 tinggi, tapi tu lah, dia je selalu rendahkan ego dia untuk pujuk aku balik. I admit yang kami sangat jarang contact masa aku intern and masa aku buat part time kat sime darby. but dia still faham aku yang aku bekerja. Dia tak push aku. Tak pressurekan aku langsung. Ada banyak kali gak aku balik kerja penat, call untuk cakap goodnight je. KESIAN GILA WEH! Well, he is soooo understanding. Dia tak pernah merungut pun but yeaaa since aku pun tak pernah merungut kalau dia tak layan aku langsung kalau dia kerja or gym. I always be like "take your time baby" halang dia? NO will never halang dia untuk buat apa saja, bukan tak sayang. Tapi aku percayakan dia. I knew him well. And i love him so much